6 Jun 2010 (Ahad) Ahli jawatankuasa surau telah mengambil inisiatif untuk membaiki rumah Macik Kiah yang usang dan perlu diperbaiki demi untuk keselamatan penghuninya. Keadaan mereka yang da'if dan sudah lanjut usia tidak membolehkan penghuni ini membaiki rumah mereka yang telah rosak dan reput. Purata umur penghuni ini adalah antara 60 hingga 70 lebih tahun dan terdiri dari warga tua yang perlukan perhatian. Tuan Hj. Rangkut selaku pengerusi surau telah membawa ahli jawatankuasanya untuk membaiki rumah tersebut sebelum apa-apa terjadi kepada mereka. Sebelum ini pihak surau telahpun menolong warga ini untuk memohon bantuan dari Program Bantuan Rumah (PBR) anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) melalui Sistem e-kasih namun sehingga kini masih belum ada jawapan atau tindakan susulan daripada mereka. Bimbang akan keselamatan penghuni warga emas ini maka Jawatankuasa Surau bertindak dengan segera sebelum terjadi perkara yang tidak diingini.
Ahli Jawatankuasa bekerja dengan penuh keikhlasan membantu mereka yang memerlukan.
walau apa juga caranya asalkan kita dapat membantu
kerjasama & gotong royong dapat meringankan kerja
Anak tangga yang reput perlu diganti
keadaan tangga rumah selepas diperbaiki
Keadaan tangga rumah sebelum diperbaiki
No comments:
Post a Comment